Sunday, October 12, 2014

Pendapat saya berkenaan Belanjawan 2015

Belanjawan 2015. 

Sekali lagi, Menteri Kewangan membentangkan belanjawan yang  lebih pentingkan perbelanjaan untuk kepentingan politik daripada membangunkan negara.

Peningkatan wang BRIM dan sumbangan kahwin dan lain-lain diterima baik tetapi ini bukan jawapan jangkamasa panjang.
Tanggungjawab kerajaan adalah menggalakkan pembangunan dan ekonomi agar rakyat dapat peluang pekerjaan dan peningkatan taraf hidup. Ini dapat menjadikan rakyat berdikari dan merasa bangga dengan pencapaian diri.

Malangnya belanjawan2015 lebih menjurus kepada menjadikan rakyat lebih bergantung kepada pemberian wang daripada kerajaan: membina masyarakat pengemis dan bukan membina masyarakat berbudaya rajin dan bekerja kuat.

Maka saya kecewa dengan belanjawan2015 kerana penambahan peratusan belanja pentadbiran dan kurang pula untuk pembangunan negara. Tiada perancangan jangkamasa panjang untuk membina negara.

Kementerian Pendidikan mendapat hampir 25% daripada jumlah perbelanjaan tetapi yang dikhaskan untuk pembangunan sekolah tidak sampai 10% daripada jumlah itu. Lebih 75% disediakan untuk kos pentadbiran.

Maka saya ingin berkongsi dan mengingatkan Menteri Kewangan bahawa beza antara seorang ahli politik dan seorang negarawan.

Yang pertama hanya merancang untuk pilihanraya yang akan datang. Manakala seorang negarawan pula akan merancang untuk generasi akan datang.

Ahli politik akan cepat dilupakan tetapi seorang negarawan akan diraikan sebagai tokoh dan wira.

Saya sudahi pendapat ringkas saya dengan membawa perhatian bahawa saya gunakan istilah belanjawan dan bukan bajet kerana saya pertahankan penggunaan Bahasa Malaysia asli.

Terima kasih.

No comments: