Monday, October 13, 2014

Belanjawan2015 - Pengangkutan Awam Darat

Belanjawan2015 telah memperuntukan sejumlah wang yang agak besar untuk mengatasi masalah kesesakan jalanraya di Lembah Klang.

Beberapa lebuhraya akan dibina bersama dengan dua laluan MRT dan LRT.
Malangnya tiada sebarang initiatif diperkenalkan untuk mengurangkan penggunaan kereta persendirian. Begitu juga tiada cadangan untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam darat.

Saya ingin cadangkan beberapa initiatif hasil daripada pemikiran di luar kotak. Penyelesaian jangkamasa panjang hanya akan tercapai melalui initiatif pelbagaian dan dari kerjasama semua pihak yang berkepentingan.

Kad Transit
Saya cadangkan syarikat-syarikat swasta diberikan kecualian cukai sekiranya mereka memberikan Kad Transit (Travel Card) kepada tenaga kerja mereka.
Ini bererti tenaga kerja dapat menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam darat secara percuma untuk pergi kerja. Ini bererti penjimatan kos pengangkutan.
Initiatif ini juga bererti penggurangan penggunaan kereta persendirian.

Sistem kongsi kereta (Car Pooling)
Warga kerja juga harus digalakkan untuk berkongsi kereta untuk pergi kerja.
Maka dicadangkan kawasan-kawasan pusat bandar diwartakan khas dimana kereta-kereta persendirian dikenakan bayaran yuran khas (surcharge) sekiranya mahu masuk kawasan dengan kurang daripada 4 orang dalam kereta itu.
Hanya kereta-kereta dengan resit yuran khas ini dikenakan bayaran parking minima manakala harga parking untuk kereta-kereta lain dikenakan bayaran yang jauh lebih tinggi.
Initiatif ini pula akan mengurangkan pengunaan kereta persendirian sebanyak 60% di kawasan pusat bandar.

Laluan Khas Bas dan Teksi
Adalah dicadangkan juga untuk JKR dan PBT terlibat menyediakan laluan-laluan khas untuk bas dan teksi. Ini akan dapat membantu mengurangkan masa perjalanan jika menggunakan pengangkutan awam darat berbanding kereta persendirian.
Maka initiatif ini menjadikannya lebih cepat jika menggunakan pengangkutan awam berbanding kereta persendirian.

Cukai khas kereta persendirian.
Demi mencapai matlamat untuk mengurangkan penggunaan kereta persendirian, saya mencadangkan satu  bayaran khas untuk kereta persendirian. Di peringkat PBT, rumah-rumah yang mendaftar lebih daripada 2 kereta akan dikenakan bayaran khas untuk kereta ke 3 dan keatas.
Manakala, untuk rumah-rumah tanpa kereta pula akan diberikan kurangan cukai pintu.
Cadangan ini dapat membahagikan tanggungjawab yang lebih rata kepada mereka yang menyumbang kepada kesesakan jalan dan lebuhraya kami.

Laluan basikal dan pejalan kaki.
Pihak PBT juga harus digalakkan untuk menyediakan lebih laluan berbasikal yang selamat dalam sekitar 3km daripada kawasan perumahan ke pusat pengangkutan awam dan pusat aktiviti ekonomi.
Ini bukan sahaja mengurangkan penggunaan kereta persendirian tetapi juga  kurangkan kesesakan jalanraya.
Disamping itu, initiatif ini dapat mengurangkan jejak karbon, sekaligus mengurangkan pencemaran dan membina budaya sihat dalam masyarakat.

Station-station pengangkutan awam dan pejabat-pejabat digalakkan untuk menyediakan bilik mandi bagi keselesaan mereka yang menaiki basikal.
Pihak PBT harus digalakkan untuk menyediakan laluan pejalan kaki untuk persekitaran station-station pengangkutan awam ke kawasan perumahan dalam sekitar 1km.
Gabungan kedua-dua initiatif ini dapat membina budaya yang sihat dalam masyarakat.

Perkhidmatan Bas Pengantara, Bas Percuma
Semua station-station tren serta pusat-pusat membeli belah harus diwajibkan menyediakan khidmat bas pengantara berkos rendah atau percuma dalam persekitaran 5km.
Ini semestinya mengurangkan penggunaan kereta persendirian dan dapat menyumbang kepada penggurangan kesesakan jalanraya.
Perkhidmatan bas percuma oleh PBT juga dapat menggalakkan penggunaan pengangkutan awam darat.

Menaikan Kadar Kos Meletak Kereta
PBT seharusnya menaikkan kadar bayaran meletak kereta di pusat-pusat bandar. Di station "Park n Ride" pula, kadar yang rendah harus dipertimbangkan bagi kereta penuh atau mereka yang menggunakan khidmat pengangkutan awam.

Tidak ada satu jawapan untuk mengatasi masalah kesesakan jalanraya di sekitar Lembah Klang.

Namun saya pasti ada penyelesaiannya sekiranya kita sanggup dan berani mengambil keputusan yang mungkin kurang mendapat sokongan popular.

Semua pihak harus bekerjasama dan pihak kerajaan harus mengambil initiatif untuk menyediakan dana yang secukupnya. Menaik taraf kemudahan yang sedia ada dan  membina infrastruktur baru yang praktikal jauh lebih rendah kos berbanding dengan membina lebuhraya baru.

Lebuhraya baru hanya menjemput lebih kereta dan terus mencemar udara dan alam sekitar.Ia juga tidak menyelesaikan masalah kesesakan jalanraya, malah menambahkan masalah sebenarnya.

Pengguna lebuhraya baru ini akan terus dibebankan dengan pembayaran tol jalanan tanpa dapat melihat penghujung kepada pembayaran tol.

Maka dicadangkan untuk belanjawan2015 dana yang disediakan untuk pembinaan lebuhraya di Lembah Klang harus dikaji semula.

Sebaliknya kerajaan harus serius menyediakan dana dan ambil initiatif untuk menaik taraf infrastruktur dan kualiti khidmat pengangkutan awam darat.

Terima kasih.

















No comments: